29 Oct 2019

5th GBSB Family Fun Day

Salam. hai readers

Sebelum cerita ni basi, meh la kita update sikit cerita family day kalini.

Family day kali ni banyak betul halangan rintangannya. Dari ramai-ramai tinggal 8 family je. Dari hotel ke homestay. Dari Melaka ke PD. Hahaha

Tapi we did it gais. Seronok betul diorang masak2 kat homestay. Kami tak dapat join bermalam sebab kerja wak hari Sabtu. haihhh

So kami hanya datang pada hari kejadian. Aku jadi serba salah kalau tak dapat join family day ni. Haha. CikLah dah paham sangat. Sebolehnya freekan time nak join. Gerak dari rumah pukul 7. Sampai homestay lebih kurang 9 pagi. Tukar-tukar baju dan terus buat aktiviti pertama kami, bergambar. hahaha. Gojes kan, tak bergambar tak sah. 



Settle bergambar start first game untuk anak-anak. Game cari-cari. Ena sebut nak apa, dan anak-anak kena cari. Ngelupur budak2 berlari cari barang..

Lepastu game mumia cantik. Ena memang ada bagitau awal-awal boleh prepare deco untuk mumia tu tapi kena dari bahan terbuang. Dibu ngan ammara pon apa lagi..beria la buat malam sebelum ke PD. Buat crown dari colour paper, necklace dari straw dan tutu skirt dari plastik sampah. Tengok mumia kitorang, kaki tangan boleh gerak. hahaha. Dan untuk game ni ammara dapat no 1. Seronok betul dia. Takpenah join pape game sebelum ni, 1st time join terus menang.



Daripada tisu yang koyak-koyak tu diorang terus sambung game cari gula-gula. Bijak betul ye mak-mak ni. haha. Part ni takpayah ajar. Daripada yang paling besar sampai paling kecik pon pandai.



Next, game wajib untuk ayah. Boom. Dan juara bertahan tetap la aidil. Ayah diorang ni penah skali je kot menang.




Settle game ayah, lucky draw dan bagi goodies untuk anak-anak. Itu pun saited wak tunggu nama kena panggil. hahaha comel sungguh.



Lepas mak-mak dapat goodies, aktiviti tukar2 hadiah pulak. Dan dibu masih berjodoh dengan hadiah ros anis. Hadiah dibu dapat kat mimie. Harap suke ye. Sebab dibu pon suke cermin tu.



Penamatnya diorang mengemas sebab kena checkout pukul 12, ada next group nak masuk homestay tu. Dan kami terus sambung perjalanan ke PD.

Tamat family day GBSB kali ni. Kami tak ramai tapi sentiasa ada. Hope next time ramai lagi boleh join. Dengar-dengarnya sebelum puasa dan tempat mungkin dalam selangor.



Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi GBSB family funday 2020.
Diari Dibu © . Designed by MaisarahSidi.com